Friday, March 30, 2007

Mari Mengenali Kami :)


Pengasas Sri Bridal adalah terdiri daripada 2 tunggak utama iaitu Puan Sri Yanti dan suaminya En.Mohd Rohaizad.Permulaan bagi mereka merintis dunia andaman & fotografi ialah dengan mengikut terlebih dahulu mak2 andam & photographers yang lebih berpengalaman demi mengutip pengalaman yang bernilai iaitu bermula pada tahun 2005.Bermula secara kecil-kecilan di Melaka dan kemudian mengambil kelas andaman dan kelas fotografi yang lebih advanced supaya ilmu yang dikutip lebih bermanfaat.

Pada 2006-2008,Sri & Rohaizad memberanikan diri dengan mengambil tempahan para pelanggan yang mana pada mulanya mereka menyewa peralatan dari mak2 andam yang lain demi menampung keperluan permintaan yang semakin meningkat naik.Bak pepatah Melayu lama, "sambil menyelam,sambil minum air" ,sedikit demi sedikit modal mula dikumpul dan akhirnya Sri Bridal telah berjaya berdiri dengan sendirinya.

Konsep yang dipegang oleh Sri & Rohaizad adalah mudah sahaja - " mempermudahkan semua urusan dan sentiasa ingin menggembirakan pengantin" -

Segala pertanyaan mengenai tempahan andaman & fotografi boleh diajukan kepada Sri & Rohaizad menerusi email : fealize1010@yahoo.com / hp no : 016-2246256 014-6492027.

Terima kasih di atas sokongan para pelanggan terhadap Sri Bridal sehingga ke hari ini.Diharapkan mereka yang berada di luar sana tidak ragu2 dengan kebolehan Sri Bridal ;)

~ Question Form ~

Name:
Email Address:
Contact no :
Address :
Your Question abt Sri Bridal package :

create form